Wednesday, October 03, 2012

peti ais

Saya adalah sebuah peti ais. Ceritanya bermula begini, pada suatu malam 23 tahun yg lalu, seorang jurutera telah melakar gambaran kasar rupa bentuk sebuah peti ais di atas kanvas. Pada keesokkan paginya, beliau masih belum menyiapkan lakaran tersebut, maka beliau pun menyambung kembali. Beliau melihat jam di dinding, "laa dah pukul 10.29 rupanya,masa utk sarapan pagi". Kesimpulannya lakaran tersebut siap tepat pada pukul 9.23 pagi minggu berikutnya. 

Maka tibalah masanya untuk beliau membentangkan idea di sokong oleh lakaran kepada pihak atasan. Dipendekkan cerita kerana kekurangan idea untuk babak pembentangan, idea beliau telah diterima baik oleh semua pihak. Kilang khas untuk membina peti ais tersebut terus dibina dengan kadar segera kerana mereka telah menetapkan tarikh garisan ataupun 'dateline' 3 minggu dari masa cop pengesahan idea tersebut. Sudah tentu dalam tempoh masa itu kilang itu tidak dapat disiapkan. Mujurlah ada 'Pesta Lelong Kilang' ketika itu. Tanpa membuang masa lagi jurutera tersebut telah berpakat dengan arkitek syarikat tempat beliau bekerja membeli kilang yang dilelong tersebut. Nama sahaja pesta tapi satu sahaja kilang yang dilelong. Oh ya jurutera itu telah pun berhenti dari syarikat asalnya kerana tidak dinaikkan gaji serta pangkat walhal idea serta konsep asal beliau sangatlah genius serta tidak didapati di mana-mana syarikat lain ketika itu. ok lah masuk perenggan seterusnya pula.

Setelah kilang itu berpindah milik kepada beliau, tanpa berlengah lagi beliau segera mengubah suai atau pun merenovate kilang tersebut mengikut cita rasa beliau. Di mana ada kemahuan pasti ada jalan, jadi kilang itu siap di ubahsuai luar serta dalaman dalam masa 3 minggu sahaja atas khidmat nasihat Eric Leong/Ikea. Beliau telah memilih konsep moden kontemperori untuk bilik pejabat beliau namun begitu telah meninggalkan bahagian lain dalam keadaan asal. Untuk penjimatan kos katanya. eh baru perasaan panjang pula bahagian pengenalan. melompat ke perenggan seterusnya.

Bermulah era peti ais. oklah sambung dlm post lain pula.

5 comments:

MellyNomNom said...

Ada sambungan ke?? hahaha terbaik la karangan ni. Jenuh doktor pikir siap kena baca 2 kali.

-maQ- said...

ada. haha terbaik la sgt. tunggang langgang kn

MellyNomNom said...

so next post bila? tak sabar nak baca niiii... hihi

-maQ- said...

bergantung pada budi bicara penulis.hehe

MellyNomNom said...

Cepat la update... :D